Telephone: 09-745 8000  Fax: 09-747 2877

Click Here for Address & Maps

Customer Feedback: perdana@perdana.kpjhealth.com.my

Event Detail

KPJ Perdana Specialist Hospital Rai Anak-Anak Yatim Lilbanat Darulnaim




Raut kegembiraan dan senyum manis jelas terpancar pada wajah kira-kira 30 orang warga Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Machang, Kelantan apabila diraikan KPJ Perdana Specialist Hospital sempena ‘Majlis Iftar dan Penyampaian Zakat Perniagaan 2016’.
Penyampaian zakat perniagaan 2016 sebanyak RM 173, 000 kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdol Wahab Baba, Pengerusi KPJ Perdana Specialist Hospital.

Selain daripada itu, pihak pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim Lilbanat Darulnaim dan anggota pekerja KPJ Perdana turut menerima agihan sumbangan barangan keperluan asas yang juga merupakan aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan setiap tahun oleh KPJ Perdana Specialist Hospital.

Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdol Wahab Baba, Pengerusi KPJ Perdana Specialist Hospital, Roslan Ahmad, Pengarah Eksekutif KPJ Perdana Specialist Hospital, Zawari Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Perdana Specialist Hospital, Nik Jessim Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Ridhwan Abdul Rahman, Pegawai Zakat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).