Telephone: 09-745 8000  Fax: 09-747 2877

Click Here for Address & Maps

Customer Feedback: perdana@perdana.kpjhealth.com.my

Event Detail

KAYUHAN MERDEKA KE-59




Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-59, KPJ Perdana Specialist Hospital Berhad telah mengadakan aktiviti kayuhan basikal. Seramai 30 orang mengambil bahagian dalam acara kayuhan termasuklah wakil daripada kakitangan Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana), Bank Islam dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Acara Kayuhan Merdeka dirasmikan oleh Dr Mahayidin Muhamad selaku Pengarah Perubatan. Menurut beliau, acara ini adalah sebagai simbolik untuk mengenang jasa tokoh perjuangan terdahulu disamping dapat menyihatkan badan dengan mengayuh basikal.

Kesemua 30 orang peserta mengayuh sepanjang 15 kilometer bermula di ruang legar hospital dan berakhir di Jalan Pintu Geng.Acara bermula pada pukul 8.00 am.