Telephone: 09-745 8000  Fax: 09-747 2877

Click Here for Address & Maps

Customer Feedback: perdana@perdana.kpjhealth.com.my

Event Detail

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE-59




Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-59 telah diadakan di KPJ Perdana Specialist Hospital Berhad pada 27 Ogos 2016. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kakitangan KPJ Perdana antaranya pertandingan mewarna, memasak, menebar roti canai dan 'make-up'. Pertandingan gotong-royong juga diadakan, bermula pada pukul 8.30 am. Pemenang dipilih berdasarkan berat sampah yang dikutip.

Pelancaran Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-59 dirasmikan oleh Dr Mahayidin Muhamad selaku Pengarah Perubatan dan Tuan Haji Yasser Arafat Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif. Majlis pelancaran dimeriahkan lagi dengan kehadiran 'Abe Spiderman' yang mengagihkan nasi lemak kepada para peserta. Kanak-kanak pula dihiburkan dengan kehadiran badut.  Majlis tamat pada pukul 1.30pm.